Tuesday 23 September 2014

Penyeludup Hidupan Liar Yang Kantoi.

Pelbagai cara digunakan oleh penyeludup hidupan liar untuk melepasi sekatan sempadan samaada melalui jalan darat , air dan juga udara. Berikut beberapa kejadian dimana penyeludup yang berjaya ditahan oleh pihak berkuasa.
FISH SKIRT:  Seorang wanita menyeludup 51 ekor ikan tropika dalam penerbangan dari Singapura ke Melbourne.(Sumber Gambar: Reuters)
FROG FILM: Spesies Katak eksotik dirampas oleh Kastam di Lapangan Terbang Brussels yang disembunyi didalam bekas filem dipercayai diseludup dari Panama. ( Sumber gambar:Reuters/Ho/Belgian Customs Authorities)

PIGEON PANTS:  Burung merpati hidup diseludup didalam seluar. Rampasan oleh Pihak Kastam Australia di Lapangan Terbang Melbourne dan penerbangan tersebut dari Dubai. (Sumber gambar:Reuters/Australian Customs/Handout)

174 ekor anak ular sawa diseludup dengan cara disorok didalam stokin dan diikat dibadan.


Spesies ular sawa dan spesies cicak yang disorok dibahagian kaki.



Seorang lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles kerana menyeludup spesies burung Finch.


Telur burung Peregrine diseludup didalam stokin di Lapangan Terbang Birmingham.


Seekor anak harimau hidup disembunyikan didalam sebuah bagasi pakaian bersama anak patung harimau. Rampasan di Lapangan Terbang Bangkok.


Seorang lelaki telah dijatuhi hukuman 16 bulan penjara selepas dia ditangkap cuba menyeludup telur burung nuri ke Australia - telur burung diletak didalam ruang poket khas dibahagian dalamT-shirt .
Spesies gecko Australian disorok dalam buku yang dibuat ruang khas telah dirampas oleh pihak Kastam Australia. 
Pihak keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles telah menahan seorang wanita yang cuba menyeludup keluar spesies parrot yang diletak didalam stokin dan disorok dengan melekatkannya dibahagian kaki .

Pihak Kastam Australia telah merampas 2 ekor anak ular hidup dari spesies Emerald green tree boas yang berukuran 40cm panjang yang disorok dalam bekas tembikar kecil yang dipos dari Sweden.

Pihak Kastam Australia telah menggagalkan cubaan menyeludup masuk ke Australia spesies ular dan cicak melalui pos yang disorok dalam sebuah patung seramik.

Seorang penumpang kapalterbang telah ditahan di Lapanganterbang Rochambeau di Cayenne, French Guiana kerana cuba menyeludup burung hummingbirds dalam seluar yang dipakainya. 

Percubaan seludup telur burung yang disorok dalam seluar dalam. Rampasan oleh pihak Kastam di Lapangan Terbang Sydney, Australia

Penahanan seorang lelaki yang cuba menyeludup telur burung oleh pihak Kastam di Lapangan Terbang Sydney 

Seorang penumpang pesawat cuba menyeludup 52 biji telur burung oleh pihak Kastam Australia.

Pihak Maqis dan Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang telah merampas beratus ekor ular berbisa jenis cobra dan kura-kura di Terminal Kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang diistihar sebagai buah betik. 
Pihak Jabatan PERHILITAN Perak telah merampas satu bungkusan yang tertera “birthday present” mengandungi ular berbisa jenis "viper', 12 ekor katak "toads' dan pelbagai jenis serangga di sebuah Pejabat Pos di Ipoh, Perak.


Monday 22 September 2014

Bangkai harimau kumbang cuba diseludupkan ke negara jiran


TANAH MERAH - Bangkai seekor harimau kumbang dipercayai cuba diseludupkan ke negara jiran dirampas Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan di Kampung Kedondong, Bunut Susu, Pasir Mas, awal pagi, semalam.

Pemangku Komander UPP negeri, Wan Zakaria Hamzah berkata, bangkai haiwan itu dirampas hasil pemeriksaan ke atas sebuah van oleh sepasukan anggota UPP yang sedang menjalankan rondaan di kawasan itu, jam 2 pagi.

Katanya, bangkai harimau kumbang atau nama saintifiknya Panthera Pardus itu ditemui dengan beberapa kesan tembakan dan tanpa isi perut di bahagian belakang van jenis Ford terbabit.

“Pasukan peronda UPP sebelum itu mengesan sebuah van Ford dari arah Tanah Merah dalam keadaan mencurigakan, lalu mengarahkan kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan. Pemandu dianggarkan berusia 35 hingga 45 tahun berjaya melarikan diri dan hasil pemeriksaan menemui bangkai seekor harimau kumbang di bahagian belakang van,” katanya pada sidang media di Pejabat UPP Bukit Bunga, semalam.

Menurut Wan Zakaria, pemeriksaan lanjut menemui sembilan kesan tembakan pada bangkai itu, manakala organ dalaman haiwan terbabit sudah dikeluarkan dipercayai bagi mengelakkan daging busuk atau rosak.

Katanya, haiwan dianggarkan seberat 100 kilogram itu dipercayai diperolehi sekitar Tanah Merah atau Jeli sebelum diseludupkan ke negara jiran melalui pangkalan haram di sekitar Tumpat.

“Daging spesies terancam ini mempunyai nilai mencecah RM100,000 seekor di pasaran gelap dan diseludupkan ke negara jiran bagi tujuan perubatan atau hidangan eksotik,” katanya.

Tambahnya, haiwan itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut seksyen 68 (2)(c) Akta Pemeliharaan Hidupan Liar 2010.

“Pesalah yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM100,000 dan tidak lebih RM500,000 dan penjara tidak lebihi lima tahun,” kata Wan Zakaria.

Sumber: sinarharian.com.my

World Rhino Day 2014



Pada hari ini, seluruh warga dunia merayakan ‘Hari Badak Sedunia’ atau ‘World Rhino Day’ yang jatuh pada tarikh setiap 22 September. Perayaan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada seluruh penduduk dunia bahawa hanya terdapat 5 spesies badak di dunia yang perlu dilindungi dan dipulihara dari mengalami kepupusan. Species tersebut adalah:

Badak Hitam (Black rhino | Diceros Bicornis )
Black rhino Laikipia, Kenya - Credit SRI
Status :Critically endangered
Anggaran populasi : 5,055
Taburan : Kenya, Namibia, South Africa, Swaziland, Tanzania, Zimbabwe, Zambia, Botswana, Malawi
Habitat : Tropical and Subtropical Grasslands, Savannas, dan Shrublands; Deserts and Xeric Shrublands
Tinggi : 1.6m
Berat : 900 - 1,350kg

Badak Putih Afrika ( White rhino | Ceratotherium simum )
A mother and her calf - Credit SRI
Status :Near threatened
Anggaran populasi : 20,405
Taburan : South Africa, Botswana, Kenya, Namibia, Swaziland, Zambia, Zimbabwe, Uganda
Habitat :Tropical dan Subtropical Grasslands, Savannas dan Shrublands
Tinggi : 1.5 - 1.8m
Berat : 1,800 - 3,000kg

Badak India (Greater one-horned / Indian Rhino | Rhinoceros unicornis )
Photo :Wikimedia
Status :Vulnerable
Anggaran populasi : 3,333
Taburan : India dan Nepal
Habitat : Tropical and Subtropical Grasslands, Savannas, and Shrublands
Tinggi : 1.75 - 2m
Berat : 1,800 - 2,500kg

Badak Sumatra ( Sumatran rhino | Dicerorhinus sumatrensis )
SumatranRhino C SRI - SumatranRhino C SRI
Status : Critically Endangered
Anggaran populasi : Kurang dari 100
Taburan : Sumatra (Indonesia) and Sabah (Malaysia)
Habitat : Dense highland dan lowland tropical dan sub-tropical forest
Tinggi : 1 - 1.5m
Berat : 600 - 950kg

Badak Jawa ( Javan rhino | Rhinoceros sondaicus )
Rhino by camera trap credit WWF - Javan rhino photographed by camera trap
Status : Critically Endangered
Anggaran populasi : 37 - 44
Taburan : Java (Indonesia)
Habitat : Tropical and Subtropical Moist Broadleaf Forests
Tinggi : 1.4 - 1.7m
Berat : 900 - 2,300kg

Anggaran populasi 5 spesies badak diseluruh dunia.
Anggaran populasi merujuk kepada keluaran 31 December oleh IUCN untuk Spesies Badak afrika dan bancian Badak asia  pada 2012 / 2013.

Saturday 20 September 2014

Perhilitan rampas 513 murai batu


JOHOR BAHRU 20 Sept. - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri bersama Unit Pengawalan Hidupan Liar (WCU) berjaya menggagalkan penyeludupan terbesar melibatkan 513 ekor burung murai batu di KM1, Jalan Mersing-Endau, dekat sini kelmarin.

Pengarah Perhilitan negeri, Hasnan Yusop berkata, dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, pemeriksaan ke atas sebuah kereta Proton Waja mendapati kesemua burung murai batu tersebut diletakkan dalam 43 bakul plastik berwarna hitam di tempat duduk belakang kereta berkenaan.

"Bertindak atas maklumat orang awam dan risikan yang dijalankan, kami menahan sebuah kereta yang digunakan untuk menyeludup. Kami juga turut menahan dua orang suspek bagi membantu siasatan.

"Ini merupakan tangkapan kes yang ketiga melibatkan sindiket penyeludupan burung murai batu hidup oleh Jabatan Perhilitan pada tahun ini," katanya dalam kenyataan akhbar di sini semalam.

Hasnan memberitahu, kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau tidak melebihi tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, sebelum ini, pihaknya telah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 40 ekor burung spesies yang sama di Johor Bahru dan 241 ekor lagi di Kluang.

"Jabatan Perhilitan sangat serius dalam mengambil tindakan bagi mengekang sebarang aktiviti jenayah melibatkan hidupan liar dan akan terus mempergiatkan usaha-usaha untuk membanteras kes-kes hidupan liar ini.

"Orang ramai juga diminta untuk menyalurkan maklumat dan bekerjasama dengan pihak jabatan bagi membanteras jenayah penyeludupan ini," katanya.


Sumber: utusan.com.my
Wednesday 17 September 2014

Perhilitan rampas empat ular, iguana di Melaka

MELAKA - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas lima ekor haiwan yang disimpan tanpa permit khas dan lesen di sebuah rumah, di Taman Melaka Baru di sini, semalam.

Pengarah Perhilitan Melaka Noorzakiahanum Mohd Noh berkata rampasan dilakukan sepasukan unit penguatkuasa berdasarkan risikan dan maklumat orang ramai kira-kira 3.30 petang.

Beliau berkata haiwan yang dirampas ialah seekor ular spesis Ball Python, ular Sawa Batik, ular Sawa Batik Albino, ular spesis Copper Head Racer dan seekor iguana.
"Kita masih menyiasat sama ada haiwan ini dijadikan peliharaan atau untuk dijual," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Noorzakiahanum berkata hasil pemeriksaan, pemilik rumah tersebut gagal mengemukakan dokumen sah bagi setiap hidupan liar berkenaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama
Saturday 13 September 2014

Tenggiling RM320,000 gagal diseludup

Foto: Sinarharian
KUALA KURAU - Helah sebuah bot nelayan bergelap di tengah laut untuk menyeludup tenggiling bernilai RM320,000 gagal mengaburi mata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) apabila ditahan dalam satu serbuan di muara Perairan Kuala Kurau, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Maritim Pangkalan Kuala Kurau, V Siva Kumar berkata, dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, bot Kilat 30 yang dinaiki empat anggota Maritim berjaya mengesan sebuah bot kelas A dalam keadaan bergelap dan mencurigakan di lokasi 3 batu nautika dari perairan Kuala Kurau.

Menurutnya, mereka difahamkan bertindak melarikan diri sebaik dihampiri bot Kilat 30 sebelum kejadian kejar-mengejar antara dua bot itu berlaku selama 15 minit.

“Lebih kurang 3 batu nautika dari lokasi bot itu ditemui, akhirnya bot terbabit mendarat di sebuah kawasan paya bakau di perairan sama sebelum dua awak-awak bertindak melarikan di kawasan itu.

“Anggota Maritim yang bertugas segera memeriksa kandungan dalam bot dan menemui enam kotak besar berisi sisik tenggiling seberat 25 kilogram setiap kotak dan 100 bungkusan biru berisi tenggiling,” katanya kepada Sinar Harian.
Berikutan itu, Siva Kumar mengarahkan bot itu segera disita ke pengkalan untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas nombor pendaftaran bot mendapati pemiliknya berasal dari Kuala Kurau dan kini diburu bagi membantu siasatan.

“Kesemua enam kotak sisik tenggiling kering seberat 150 kilogram dan tenggiling akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidup Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak untuk tindakan lanjut,” katanya.
Siva Kumar berkata, hasil maklumat awam, pihak mengenal pasti aktiviti penyeludupan haiwan eksotik yang berlaku di perairan Kuala Kurau sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu.

“Difahamkan permintaan terhadap sisik tenggiling kering dan tenggiling hidup amat tinggi atas tujuan perubatan.“Justeru, Maritim mengharapkan penangkapan ini sebagai pembuka jalan kepada pihaknya untuk membanteras aktiviti penyeludupan haiwan eksotik melalui laluan laut,” katanya.
Siva Kumar berkata, kes rampasan haiwan eksotik itu adalah kali pertama dilaksanakan pihaknya dan berterima kasih kepada pihak nelayan yang menyalurkan maklumat kepada pihaknya.

Dalam pada itu, Pengarah Perhilitan Negeri Perak, Fakhrul Hatta Musa ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan itu.

Sumber: sinarharian
Tuesday 6 May 2014

Perhilitan tembak kera liar cederakan bayi


KEMAMAN - Seekor kera liar yang dipercayai mencederakan seorang bayi di Kampung Gelugor di sini 26 April lalu ditembak petang semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Yusoff Shariff berkata selepas seminggu diburu kera jantan itu mati selepas ditembak semasa berkeliaran di atas pokok bersama dua ekor kera lain kira-kira 500 meter dari rumah mangsa 6 petang semalam.

Yusoff berkata pihaknya yakin kera yang dilupuskan itu terbabit mendatangkan kecederaan kepada bayi berkenaan berdasarkan luka yang dialami bayi itu.

"Kita telah melupuskan seekor binatang liar itu dan kita masih memburu dua ekor lagi binatang itu dengan memasang perangkap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa, Siti Najwa Muhammad, 21, melahirkan rasa lega dengan tindakan Perhilitan yang dapat melupuskan haiwan terbabit dalam tempoh seminggu selepas memasang perangkap di belakang rumahnya pada 29 April lalu.

Dalam kejadian itu, Nor Iman Adriana Zuhairi, tiga bulan, menerima 14 jahitan di muka akibat diserang sekumpulan kera semasa sedang tidur di dalam buaian. 

Sumber: Bernama
Tuesday 22 April 2014

Polis memang serius tangani penyeludupan hidupan liar



KUALA LUMPUR: Keseriusan polis dalam menangani kegiatan penyeludupan terutama penyeludupan dan perniagaan haiwan liar yang terancam tidak harus dipandang ringan oleh masyarakat.

Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah, Datuk Ayub Yaakob berkata penguatkuasaan dilakukan secara besar-besaran itu adalah kerana untuk mengelakkan Malaysia dijadikan hab bagi kegiatan tersebut.

“Risikan dan maklumat yang kita perolehi dari pelbagai pihak baik dalam atau luar negara mendapati negara ini kini dijadikan sebagai pusat bagi kegiatan penyeludupan dan perniagaan hidupan liar terutama dari sepsis yang terancam dan dilindungi,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Seminar ‘Save The Nature’ di Maktab Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Tambah beliau lagi, hidupan liar yang diseludup itu kebanyakkan adalah khazanah yang bernilai dari luar negara seperti gading gajah dan pihak penyeludup menggunakkan negara ini sebagai pusat untuk meraih keuntungan serta menjayakan agenda-agenda tertentu mereka.

“Malah, terdapat juga usaha yang tidak bertanggungjawab pihak-pihak ini menyeludup haiwan-haiwan eksotik, terancam atau dilindungi seperti tenggiling dan hidupan liar yang lain dan ini sekaligus menyebabkan populasi haiwan ini terancam,”.

Malah, tumbuh-tumbuhan flora yang unik dan eksotik di negara turut sama terancam.

“Kita tidak mahu perkara ini terus berlaku dan dalam masa yang sama juga kita terpanggil untuk bertanggungjawab bersama melindungi khazanah hidupan liar di dalam negara ini disamping melaksanakan penguatkuasaan undang-undang bersepadu berama agensi-agensi dan jabatan yang terlibat bagi membanteras jenayah alam sekitar daripada berterusan,”.

Pada tahun 2010, Mahkamah Tinggi pernah memerintahkan seorang ahli perniagaan, Anson Wong Keng Liang, 52 menjalani hukuman penjara enam bulan dan membayar denda sebanyak RM190,000 atau penjara 12 bulan atas tuduhan mengeksport ular dari spesis Boa Constrictor iaitu spesis haiwan berjadual dalam Lampiran Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa mengenai spesis terancam.

Kesalahan tersebut dilakukan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) selepas ular-ular tersebut ditemui dalam bagasi milik Anson ketika dia dalam transit perjalanan dari Pulau Pinang ke Jakarta.

Akta itu memperuntukkan denda maksimum RM100,000 bagi setiap ekor binatang yang disenaraikan dalam jadual atau penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: astroawani.com
Monday 14 April 2014

Jauhi hutan simpan lokasi serangan beruang



KUALA TERENGGANU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menasihati orang ramai agar menjauhi kawasan hutan simpan yang menjadi lokasi serangan beruang baru-baru ini.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, sejak bulan lalu, pihaknya menerima dua laporan serangan beruang membabitkan Hutan Simpan Kekal Merchang, Marang dan Gunung Tebu di Besut.

"Di Marang, kita telah memasang dua unit perangkap untuk menangkap beruang tersebut namun sehingga kini masih belum berhasil.

"Penduduk memaklumkan sejak kejadian serangan itu, mereka tidak nampak lagi kelibat beruang... mungkin sudah kembali ke habitat asalnya di Hutan Simpan Merchang itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian 30 Mac lalu, Asmani Yahya, 60, cedera parah diserang haiwan itu ketika sedang menoreh getah bersama suaminya di Kampung Alur Ketitir dekat Marang.

Akibat kejadian itu, mangsa yang diselamatkan suaminya menerima 30 jahitan di kepala, leher dan paha.

Dalam kejadian terbaharu Sabtu lepas, Mohd Sulaiman Jusof, 58, peneroka di Felda Tenang, Hulu Besut, menerima 22 jahitan selepas diserang seekor beruang ketika mencari ulam kerdas di Hutan Simpan Kekal Gunung Tebu.

Mengulas kes serangan itu, Yusoff berkata, tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh Perhilitan memandangkan lokasi serangan ialah dalam kawasan hutan simpan kekal. - Bernama

Sumber: kosmo.com.my

Saturday 12 April 2014

Harga pasaran gelap haiwan eksotik

Hidupan liar yang dilindungi kini diperingkat kritikal, aktiviti manusia membunuh dan mengambil hidupan liar secara tidak sah untuk tujuan keuntungan semakin meningkat saban tahun. Perdagangan haram hidupan liar kini hampir mencecah US 32 bilion setahun iaitu hampir menyamai nilai pemerdagangan manusia. 

Permintaan untuk produk hidupan liar dan haiwan eksotik seperti makanan, perubatan tradisional, pakaian dan barang perhiasan yang diperbuat daripada gading, sirip, kulit, tanduk dan organ-organ dalaman haiwan semakin meningkat di seluruh dunia dimana permintaan tertinggi datangnya dari Amerika Syarikat, Republik Rakyat China dan Kesatuan Eropah. Berikut senarai anggaran harga pasaran gelap bagi haiwan eksotik:- 

    Wildlife Trafficking

  1. Illegal Wildlife Trade Value:                                                 $19 Billion
  • EXOTIC ANIMALS PRICE in U.S. DOLLARS
       
Source:havocscope.com

Peneroka cedera diserang beruang

Sulaiman Jusoh menerima rawatan di Bilik Kecemasan, Hospital Besut, Terengganu akibat diserang oleh beruang, semalam. Sumber : utusan.com.my

BESUT 12 April - Seorang peneroka nyaris maut dibaham seekor beruang sewaktu sedang mencari buah kerdas di kawasan hutan berdekatan ladang kelapa sawit di Felda Tenang, dekat sini hari ini.

Akibat serangan haiwan liar itu, mang­sa, Sulaiman Jusof, 58, patah tulang muka selain luka teruk di bahagian kepala sebelah kiri. Menurut isteri mangsa, Rokiah Abas, 50, sebelum kejadian, dia sedang menoreh getah di kawasan berdekatan manakala suaminya ke kawasan hutan berkenaan dengan menunggang motosikal seorang diri, kira-kira pukul 8 pagi.

Bagaimanapun katanya, kira-kira pukul 9.30 pagi, dia menerima panggilan telefon daripada suaminya yang memaklumkan mengalami kecederaan akibat diserang seekor beruang. “Suami menggagahkan diri menunggang motosikal sejauh kira-kira lima kilometer untuk pulang ke rumah.

“Setelah mengetahui kejadian itu, saya bergegas pulang dan sejurus tiba di rumah, saya dapati suami rebah di depan tangga dengan kepalanya luka dan berdarah," katanya di sini hari ini. Rokiah berkata, suaminya dikejarkan ke Hospital Besut (HB) dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa sering ke kawasan hutan tersebut berseorangan untuk mencari buah kerdas sebelum terserempak dengan haiwan berkenaan yang mempunyai dua ekor anak. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Yusoff Shariff berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut. “Kita akan pasang perangkap di kawasan itu untuk menangkap beruang terbabit," tambahnya.

Sumber: utusan.com.my
Friday 11 April 2014

China tangguh penghantaran panda kerana kesibukan tangani isu MH370



PUTRAJAYA 11 April - Kedatangan dua panda gergasi dari China ke Malaysia, yang pada mulanya dijadual pada 16 April, ditangguh ke akhir bulan bulan depan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata kerajaan China menunda penghantaran dua beruang itu, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) kerana kesibukannya menangani usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, yang penerbangannya dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.

Sebanyak 153 daripada 227 penumpang yang berada dalam pesawat yang hilang pada 8 Mac itu adalah warganegara China. Gerakan mencari pesawat berkenaan memasuki hari ke-35 hari ini. Palanivel berkata beliau memberi penjelasan tentang perkara itu dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

"Pada mulanya, dua panda berkenaan dijadual tiba pada 16 April, tetapi berikutan kejadian itu (kehilangan pesawat MH370), Duta Besar China berkata mereka akan menghantar dua haiwan berkenaan pada akhir Mei.

"Mereka hendak mencari kotak hitam dulu," kata Palanivel kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - BERNAMA

Sumber : BERNAMA
Wednesday 9 April 2014

Panda China Tiba Rabu Depan

Panda betina, Fengyi yang bakal menambah tarikan di Zoo Negara
KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun menanti, akhirnya pasangan panda, Fu Wa dan Fengyi akan mula menjalani kehidupan baharu di Zoo Negara, mulai minggu depan. Haiwan yang menjadi lambang kebanggaan China itu dijangka tiba pada Rabu depan menggunakan MASkargo.

Sumber memaklumkan, kehadiran pasangan panda itu sekali gus menolak spekulasi kononnya ia ditangguhkan atas sebab tragedi yang menimpa MH370, di mana majoriti penumpang dari negara berkenaan.

"Majlis khas akan diadakan sebaik panda itu tiba ke sini minggu depan. Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan nama untuk kedua-dua panda berkenaan," katanya kepada mStar online di sini, Khamis.

Sehingga kini, pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang pakar dalam penjagaan panda sudah menjalani latihan di negara kelahiran haiwan berkenaan.

Bagi memastikan panda itu dapat hidup selesa di persekitaran baharu, pihak China juga menghantar pegawainya ke sini selama sebulan untuk memantau perkembangan semasa Fu Wa dan Fengyi.

Pasangan panda itu dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun sebagai simbolik hubungan diplomatik Malaysia-China ke-40 yang bakal diraikan tahun ini. Malahan, ia juga bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sumber: mstar.com.my
 
;