Showing posts with label PERHILITAN. Show all posts
Showing posts with label PERHILITAN. Show all posts
Monday, 22 September 2014

Bangkai harimau kumbang cuba diseludupkan ke negara jiran


TANAH MERAH - Bangkai seekor harimau kumbang dipercayai cuba diseludupkan ke negara jiran dirampas Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan di Kampung Kedondong, Bunut Susu, Pasir Mas, awal pagi, semalam.

Pemangku Komander UPP negeri, Wan Zakaria Hamzah berkata, bangkai haiwan itu dirampas hasil pemeriksaan ke atas sebuah van oleh sepasukan anggota UPP yang sedang menjalankan rondaan di kawasan itu, jam 2 pagi.

Katanya, bangkai harimau kumbang atau nama saintifiknya Panthera Pardus itu ditemui dengan beberapa kesan tembakan dan tanpa isi perut di bahagian belakang van jenis Ford terbabit.

“Pasukan peronda UPP sebelum itu mengesan sebuah van Ford dari arah Tanah Merah dalam keadaan mencurigakan, lalu mengarahkan kenderaan itu berhenti untuk pemeriksaan. Pemandu dianggarkan berusia 35 hingga 45 tahun berjaya melarikan diri dan hasil pemeriksaan menemui bangkai seekor harimau kumbang di bahagian belakang van,” katanya pada sidang media di Pejabat UPP Bukit Bunga, semalam.

Menurut Wan Zakaria, pemeriksaan lanjut menemui sembilan kesan tembakan pada bangkai itu, manakala organ dalaman haiwan terbabit sudah dikeluarkan dipercayai bagi mengelakkan daging busuk atau rosak.

Katanya, haiwan dianggarkan seberat 100 kilogram itu dipercayai diperolehi sekitar Tanah Merah atau Jeli sebelum diseludupkan ke negara jiran melalui pangkalan haram di sekitar Tumpat.

“Daging spesies terancam ini mempunyai nilai mencecah RM100,000 seekor di pasaran gelap dan diseludupkan ke negara jiran bagi tujuan perubatan atau hidangan eksotik,” katanya.

Tambahnya, haiwan itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut seksyen 68 (2)(c) Akta Pemeliharaan Hidupan Liar 2010.

“Pesalah yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM100,000 dan tidak lebih RM500,000 dan penjara tidak lebihi lima tahun,” kata Wan Zakaria.

Sumber: sinarharian.com.my
Tuesday, 6 May 2014

Perhilitan tembak kera liar cederakan bayi


KEMAMAN - Seekor kera liar yang dipercayai mencederakan seorang bayi di Kampung Gelugor di sini 26 April lalu ditembak petang semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Yusoff Shariff berkata selepas seminggu diburu kera jantan itu mati selepas ditembak semasa berkeliaran di atas pokok bersama dua ekor kera lain kira-kira 500 meter dari rumah mangsa 6 petang semalam.

Yusoff berkata pihaknya yakin kera yang dilupuskan itu terbabit mendatangkan kecederaan kepada bayi berkenaan berdasarkan luka yang dialami bayi itu.

"Kita telah melupuskan seekor binatang liar itu dan kita masih memburu dua ekor lagi binatang itu dengan memasang perangkap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa, Siti Najwa Muhammad, 21, melahirkan rasa lega dengan tindakan Perhilitan yang dapat melupuskan haiwan terbabit dalam tempoh seminggu selepas memasang perangkap di belakang rumahnya pada 29 April lalu.

Dalam kejadian itu, Nor Iman Adriana Zuhairi, tiga bulan, menerima 14 jahitan di muka akibat diserang sekumpulan kera semasa sedang tidur di dalam buaian. 

Sumber: Bernama
Saturday, 12 April 2014

Peneroka cedera diserang beruang

Sulaiman Jusoh menerima rawatan di Bilik Kecemasan, Hospital Besut, Terengganu akibat diserang oleh beruang, semalam. Sumber : utusan.com.my

BESUT 12 April - Seorang peneroka nyaris maut dibaham seekor beruang sewaktu sedang mencari buah kerdas di kawasan hutan berdekatan ladang kelapa sawit di Felda Tenang, dekat sini hari ini.

Akibat serangan haiwan liar itu, mang­sa, Sulaiman Jusof, 58, patah tulang muka selain luka teruk di bahagian kepala sebelah kiri. Menurut isteri mangsa, Rokiah Abas, 50, sebelum kejadian, dia sedang menoreh getah di kawasan berdekatan manakala suaminya ke kawasan hutan berkenaan dengan menunggang motosikal seorang diri, kira-kira pukul 8 pagi.

Bagaimanapun katanya, kira-kira pukul 9.30 pagi, dia menerima panggilan telefon daripada suaminya yang memaklumkan mengalami kecederaan akibat diserang seekor beruang. “Suami menggagahkan diri menunggang motosikal sejauh kira-kira lima kilometer untuk pulang ke rumah.

“Setelah mengetahui kejadian itu, saya bergegas pulang dan sejurus tiba di rumah, saya dapati suami rebah di depan tangga dengan kepalanya luka dan berdarah," katanya di sini hari ini. Rokiah berkata, suaminya dikejarkan ke Hospital Besut (HB) dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa sering ke kawasan hutan tersebut berseorangan untuk mencari buah kerdas sebelum terserempak dengan haiwan berkenaan yang mempunyai dua ekor anak. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Yusoff Shariff berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut. “Kita akan pasang perangkap di kawasan itu untuk menangkap beruang terbabit," tambahnya.

Sumber: utusan.com.my
Friday, 11 April 2014

China tangguh penghantaran panda kerana kesibukan tangani isu MH370



PUTRAJAYA 11 April - Kedatangan dua panda gergasi dari China ke Malaysia, yang pada mulanya dijadual pada 16 April, ditangguh ke akhir bulan bulan depan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata kerajaan China menunda penghantaran dua beruang itu, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) kerana kesibukannya menangani usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, yang penerbangannya dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.

Sebanyak 153 daripada 227 penumpang yang berada dalam pesawat yang hilang pada 8 Mac itu adalah warganegara China. Gerakan mencari pesawat berkenaan memasuki hari ke-35 hari ini. Palanivel berkata beliau memberi penjelasan tentang perkara itu dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

"Pada mulanya, dua panda berkenaan dijadual tiba pada 16 April, tetapi berikutan kejadian itu (kehilangan pesawat MH370), Duta Besar China berkata mereka akan menghantar dua haiwan berkenaan pada akhir Mei.

"Mereka hendak mencari kotak hitam dulu," kata Palanivel kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - BERNAMA

Sumber : BERNAMA
Wednesday, 9 April 2014

Panda China Tiba Rabu Depan

Panda betina, Fengyi yang bakal menambah tarikan di Zoo Negara
KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun menanti, akhirnya pasangan panda, Fu Wa dan Fengyi akan mula menjalani kehidupan baharu di Zoo Negara, mulai minggu depan. Haiwan yang menjadi lambang kebanggaan China itu dijangka tiba pada Rabu depan menggunakan MASkargo.

Sumber memaklumkan, kehadiran pasangan panda itu sekali gus menolak spekulasi kononnya ia ditangguhkan atas sebab tragedi yang menimpa MH370, di mana majoriti penumpang dari negara berkenaan.

"Majlis khas akan diadakan sebaik panda itu tiba ke sini minggu depan. Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan nama untuk kedua-dua panda berkenaan," katanya kepada mStar online di sini, Khamis.

Sehingga kini, pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang pakar dalam penjagaan panda sudah menjalani latihan di negara kelahiran haiwan berkenaan.

Bagi memastikan panda itu dapat hidup selesa di persekitaran baharu, pihak China juga menghantar pegawainya ke sini selama sebulan untuk memantau perkembangan semasa Fu Wa dan Fengyi.

Pasangan panda itu dipinjamkan kepada Malaysia selama 10 tahun sebagai simbolik hubungan diplomatik Malaysia-China ke-40 yang bakal diraikan tahun ini. Malahan, ia juga bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sumber: mstar.com.my
Saturday, 12 October 2013

Malaysia Pulangkan Tiga Orangutan ke Indonesia.

 photo orangutan-rawa-tripa-_121003165741-588.jpg
REPUBLIKA.CO.ID, MEDAN-- Tiga Orangutan Sumatera (Pongo Abelii) yang disita oleh Malaysian Departement of Wildlife and National Parks (DWNP/PERHILITAN), sudah dikembalikan ke Indonesia untuk dilepaskan kembali ke Taman Nasional Bukit Tiga Puluh, Jambi.

"Orangutan itu diterima Kamis, 10 Oktober 2013, tiga ekor sitaan DWNP dari pemilik ilegalnya sebelumnya dititipkan di Kebun Binatang Malaka Malaysia (Malaka Zoo Malaysia)," kata Kepala Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Sumatera Utara (Sumut), Istanto di Medan, Jumat (11/10).

DWNP menyita Orangutan itu dari pemiliknya karena diketahui diimpor tanpa izin resmi dan melanggar Konvensi perdagangan internasional terhadap satwa terancam punah (CITES, Convention on International Trade in Endangered Species). Orangutan terdaftar di appendix I dalam CITES sehingga impor /ekspor tanpa izin dan dokumentasi resmi dilarang.

DWNP Malaysia menyampaikan informasi Orangutan Sumatera hasil sitaan itu Malaysia yang diberi nama Fazren (jantan berumur antara 10-12 tahun), Sen/Sam (betina, 7-8 tahun) serta Suzie (betina, 8-9 tahun)..readmore.
 
;